Virus telefon bimbit

Oleh Salmiah A Hamid

SATU ketika dulu jika memiliki sebuah telefon bimbit sudah dianggap gah walaupun ia bersaiz besar dan berat kerana peranti berkenaan mahal untuk dimiliki.

Apabila teknologi semakin berkembang, telefon bimbit membanjiri pasaran umpama cendawan yang tumbuh melata, malah ia ditampilkan dengan pelbagai bentuk, aplikasi, saiz, berat dan warna yang bersesuaian dengan kemajuan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Pastinya ramai yang tersenyum dengan perubahan alat telekomunikasi hari ini yang dipelopori organisasi terkemuka dalam perindustrian seperti Sony Ericsson yang bermula pada 2001 apabila mengeluarkan telefon pintarnya yang pertama melalui siri P, jenama Nokia menerusi siri N, diikuti pelbagai jenama lain lagi termasuk HTC dan yang terbaru iPhone.

Ledakan teknologi memberi kesan positif kepada masyarakat kerana perkembangan itu bertindak sebagai pemacu ke arah kemunculan teknologi telefon bimbit yang semakin memenuhi pasaran negara, namun senario berkenaan turut dikaitkan dengan kehadiran virus dan penggodam atau penceroboh komputer.

Ia wujud dengan sifatnya yang menyerang ribuan komputer menerusi penyebaran pelbagai jenis virus yang mampu mendatangkan kerosakan kepada sistem pemproses komputer.

Kini telefon pintar menjadi tarikan penggodam yang sama ada sengaja menyebarkan virus atau cuba mencuri maklumat di telefon dan mensasarkan ruang telekomunikasi untuk menyebarkan kerosakan dari satu telefon ke satu yang lain.

Virus pertama yang dikesan dikenali sebagai SymbOS Cabir dari Czech Republic dan Slovakia pada 2004.

Cabir dihantar ke syarikat perisian keselamatan Kaspersky Lab di Rusia dan dianggap sebagai 'bukti' bahawa virus boleh ditulis dan disebarkan menerusi telefon bimbit.

Ia dibina untuk telefon bimbit yang menggunakan aplikasi Symbian Series 60 dan bertindak menerusi Bluetooth (dalam lingkungan 30 meter) dengan menghantar dirinya sendiri yang menyamar sebagai fail keselamatan.

Selepas penerima memasang fail terbabit, perkataan 'Caribe' akan terpamer di telefon bimbit.

Sekiranya telefon yang dijangkiti itu aktif, Cabir akan melancarkan dirinya sendiri dan mengimbas frekuensi untuk menghantar dirinya ke telefon bimbit yang lain. Proses imbasan ini yang melemahkan tenaga bateri telefon yang dijangkiti.

Selain Bluetooth, telefon bimbit turut dijangkiti menerusi inframerah, penukaran kad memori, SMS, MMS, GPRS dan pindah turun menerusi 'over-the-air-programming' (OTA) iaitu cara terbaru memindah turun perisian ke telefon bimbit.

Hampir 400 virus telefon bimbit dikesan dan dijangkakan meningkat dengan kedatangan teknologi telefon pintar.

Masyarakat hari ini berlumba-lumba ingin memiliki telefon pintar kerana dibekalkan dengan pelbagai alternatif untuk berhubung seperti WiFi, Bluetooth, port USB, CD/DVD dan slot memori kad 'flash' bagi memudahkan pemindahan data yang pelbagai.

Pengarah Teknikal Kaspersky Lab APAC, Nathan Wang, berkata pengguna harus berhati-hati jika ingin muat turun atau naik pelbagai data seperti klip video, gambar dan nada dering kerana cara penyebaran dan jangkitan virus ini adalah sama seperti melalui komputer.

"Pada 2005, virus pertama yang menyerang menerusi Mobile Messaging System (MMS) dikenali sebagai CommWarrior menerusi aplikasi Symbian Series 60. Podloso pula dikesan sebagai virus pertama yang menyerang iPod pada 2007.

"Statistik 2007 menunjukkan virus telefon bimbit berkembang pantas hingga 110,000 telefon bimbit dijangkiti virus. Manakala trojan Viver menjangkiti hampir 500 telefon bimbit dalam sehari.

"Berdasarkan penyedia perkhidmatan Vimpelcom, Kaspersky Mobile Security berjaya menghentikan hampir 1000 MMS yang dijangkiti dalam sehari," katanya.

Menurut Nathan, pengguna mempunyai banyak maklumat peribadi di dalam telefon berbanding e-mel maka tidak menghairankan jika penularan virus merebak lebih banyak di kalangan pengguna telefon bimbit berteknologi pintar yang mempunyai aplikasi terbaru menyerupai komputer peribadi.

"Pengguna telefon bimbit suka menyimpan pelbagai data penting menerusi Short Messaging System (SMS) atau MMS seperti maklumat akaun bank dan butiran peribadi kerana mudah untuk dirujuk jika terlupa.

"Ia menjadi tarikan penggodam untuk memasuki telefon pengguna seterusnya menggunakan data terbabit untuk kepentingan sendiri.

"Laporan daripada media turut mempengaruhi pemikiran pengguna yang beranggapan virus hanya menyerang komputer dan tiada penekanan mengenai kecurian data telefon bimbit.

"Berita mengenai serangan virus di telefon bimbit agak kurang diperkatakan. Justeru, ia perlu ditekankan agar pengguna sentiasa berhati-hati dengan serangan virus yang tiada kesudahan," katanya.

Atas dasar ini Kaspersky memperkenalkan Kaspersky Mobile Security 8.0 (KMS) sebagai langkah keselamatan bagi semua telefon bimbit yang bertindak melindungi ancaman virus yang mampu mencuri dan memadam maklumat, menyalin senarai nombor telefon, membeku serta memusnahkan fungsi telefon.

Program yang mesra pengguna ini menawarkan perlindungan masa nyata bagi melindungi telefon bimbit daripada semua sumber iaitu MMS, SMS, Bluetooth, kad memori flash, data sync dan Wi-Fi.

Seperti mana jangkitan di komputer, pengguna diberi pilihan untuk membiarkan, kuarantin atau membuang fail yang dijangkiti.

Kad memori dan memori dalaman akan diimbas untuk dilindungi daripada sebarang virus.

Sementara untuk menghentikan spam, pengguna perlu menentukan sumber yang diperoleh sama ada mahu menerimanya atau tidak.

Sekiranya pengguna pernah menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali atau mendapat spam, bolehlah menempatkan nombor terbabit di kalangan senarai hitam.

Menurut Nathan, selain bertindak sebagai antivirus Kaspersky merupakan satu-satunya perisian keselamatan yang turut menawarkan perlindungan antikecurian.

Sama ada telefon bimbit hilang secara tidak sengaja atau ia dicuri, pastinya pemilik telefon berhadapan dengan risiko kerana maklumatnya kini terdedah.

"Tiga pertahanan untuk antikecurian telefon membabitkan SMS Block, SMS Clean dan Subscriber Identity Module Watch (SIM Watch).

"Sekiranya telefon didapati hilang, pemilik telefon boleh menghantar SMS tersembunyi yang memberi arahan kepada telefonnya untuk menghalang data daripada diakses ataupun terus menyingkirkan data daripada memori dalaman dan kad memori," katanya.

SIM Watch berperanan dengan menghantar isyarat ke nombor telefon baru apabila pencuri menukarkan kad sim asal dengan yang baru di telefon bimbit yang dicuri. Secara automatik, telefon terbabit akan menghantar nombor telefon baru kepada pemiliknya tanpa pengetahuan si pencuri.

SMS Find pula membolehkan pemilik asal mengesan lokasi telefon bimbitnya melalui SMS yang diterima yang menggunakan aplikasi Global Positioning System (GPS).

Selepas menghantar SMS ke telefon bimbit yang hilang, pemilik akan disambungkan ke peta Google dengan koordinat yang tepat.

Menarik dan berbaloi dengan adanya antikecurian yang disediakan dalam KMS.

Ini bermakna pengguna dan pencuri akan saling berhati-hati sama ada untuk menjaga telefon bimbit atau jika berniat mencuri telefon bimbit kerana pastinya berhadapan dengan hukuman dan undang-undang.

KMS sememangnya direka memenuhi platform telefon bimbit dan secara praktikalnya amat sesuai untuk kedua-dua jenis sistem pemproses, Symbian dan Windows Mobile. Interaksinya amat mudah untuk digunakan, tidak memerlukan ruang penyimpanan yang besar, malahan tidak mengganggu bateri telefon bimbit.

Sama seperti mengendalikan jadual mengimbas virus di komputer, pengguna mudah mengendalikan jadual imbasan mengikut masanya sendiri ataupun secara automatik.

Imbasan ini meliputi semua objek, direktori, sektor dan keseluruhan cakera dan mempunyai pilihan untuk membuang atau kuarantin virus terbabit.

Manakala, hasil tindakan dan imbasan akan disimpan dan dilaporkan dalam log aktiviti.

Pengguna juga digalakkan untuk mengemaskini pangkalan data antivirus termasuk menerusi penyelarasan dengan komputer bagi membolehkan ia mengemaskini program dan bertindak ke atas virus dengan berkesan.

Komponen terbaru seperti 'parental control' membolehkan ibu bapa mengehadkan mesej terima dan hantar di telefon bimbit anak-anak bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Ibu bapa juga boleh menggunakan SMS Find untuk mengetahui lokasi anak mereka.

Kita tidak mampu mempertikaikan kebolehan antispam yang dibekalkan menerusi KMS 8.0 ini.

Sistem saringan spam mampu menghalang mesej dan panggilan telefon yang tidak dikenal pasti, malah menyelamatkan pengguna daripada penipuan iklan.

Versi ini membolehkan pengguna membuat penyaringan panggilan dan mesej menerusi mod senarai putih (menerima panggilan dan mesej daripada nombor sedia ada) dan senarai hitam (menerima panggilan dan mesej daripada nombor yang tiada dalam senarai putih).

Fungsi firewall turut dikemas kini antara langkah keselamatan untuk mengelakkan serangan penggodam dan cecacing mobil yang merebak menerusi penyambungan Bluetooth dan Wi-Fi.

Lambakan telefon bimbit pintar bakal menjadi perhatian pengguna hari ini namun kawalan keselamatan dalam telefon yang harus diberi perhatian bagi mengelakkan sebarang kecurian dan kerugian. Tidak salah jika kita berhati-hati sekarang daripada menyesal di kemudian hari.

Sumber: Harian Metro
(Khamis, 25 Jun 2009)

Platform terbaru Google cari peta Malaysia

GOOGLE Inc (Google) melancarkan platform pencarian terbarunya, Google Maps Malaysia yang mementingkan kandungan tempatan bagi kemudahan penduduk negara ini.

Malah, organisasi enjin carian Internet itu mewujudkan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi tempatan bagi membolehkannya dipindah turun ke telefon bimbit.

Ketua Pemasarannya, Derek Callow berkata, Google Maps Malaysia menawarkan inovasi bercirikan tempatan dalam arah tuju pemanduan, pencarian lokasi, perniagaan tempatan, peta dan aplikasi telefon bimbit.

"Oleh itu, kami bekerjasama dengan Maxis Communications Bhd yang menyediakan platform pencarian untuk mengesan alamat dan memandu arah dengan pindah turun melalui m.google.com.my/maps," katanya.

Dalam pada itu, Google turut membuka peluang kepada organisasi tempatan untuk bekerjasama dengan mereka yang mampu meningkatkan kualiti perkhidmatannya di negara ini.

Ia dinyatakan Pengurus Produk Google Asia Tenggara, Andrew McGlinchey yang mahu memastikan maklumat dan kandungan dalam Google Map Malaysia sentiasa diperbaharui.

"Walaupun kami belum beoperasi di negara ini, pelancaran Google Maps Malaysia mungkin satu permulaan yang baik," katanya.

Google Maps Malaysia menawarkan platform carian maklumat jalan, alamat dan perniagaan bagi memudahkan pengguna yang mahukan maklumat lebih komprehensif, cepat dan mudah.

Platform itu menyediakan kandungan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu, Cina dan Tamil untuk membolehkan rakyat tempatan dan pelancong menyumbang kandungan daripada teks kepada foto atau video, sekali gus meningkatkan kualiti peta secara online yang mampu dilayari pengguna lain.

Aplikasi Google Maps Malaysia boleh diakses melalui laman web http://maps.google.com.my dengan perkhidmatan ditawarkan secara percuma.

Sumber: Harian Metro
(Khamis, 25 Jun 2009)

Angkasawan rakam gunung meletus

ANGKASAWAN di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)
merakamkan gambar gunung berapi Sarychev Peak.


STESEN ANGKASA LEPAS ANTARABANGSA (ISS) - Beberapa angkasawan di ISS merakamkan detik gunung berapi paling aktif di dunia, Sarychev Peak meletus dan menghambur asap debu ke udara, lapor sebuah akhbar semalam.

Gunung berapi yang terletak di Kepulauan Kurain dekat Jepun itu meletus pada 12 Jun lepas dan membentuk asap debu seperti cendawan.

Asap debu itu bergerak melebihi 200 kilometer sejam sebelum diikuti dengan aliran lahar.

Rakaman unik itu memberikan banyak maklumat baru berhubung proses letusan gunung berapi. - Agensi

Sumber: Kosmo
(Khamis, 25 Jun 2009)

Isteri, ibu dan pekerja

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my


Wanita bekerjaya perlu pandai menyeimbangkan masa antara kerjaya dan keluarga.

LUANGKAN masa bersama anak-anak agar mereka tidak berasa dipinggirkan. - Gambar hiasan


WANITA dan kerjaya seringkali dikaitkan dengan bebanan kerja. Sehingga ada di antara mereka tidak terdaya lagi untuk menggalas kewajipan dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah.

Dari pagi sehinggalah lewat petang, mereka sibuk merancang, mengurus dan membina masa depan empayar kerjaya. Ini membuatkan sesetengah urusan yang wajib dipikulnya di rumah dilepaskan kepada pembantu rumah.

Anak-anak dan suami pula merasakan diri mereka terabai gara-gara kerjaya yang dihambat oleh ibu dan isteri. Pengabaian dalam aspek kekeluargaan itu berkaitan tentang penjagaan, penyediaan makanan dan kualiti masa dengan anak-anak.

Soalnya, adakah wanita bekerjaya hari ini masih dihimpit masalah yang sama atau mengganggap pengurusan keluarga seharusnya dibahagikan sama rata dengan suami?

Bagi Puan Sri Maimon Arif Patail yang mempunyai kerjaya hebat, beliau menolak kenyataan bahawa wanita kerjaya seringkali mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

"Sejauh mana bebanan kerja yang ditanggung, ia bukanlah penghalang untuk seseorang wanita kerjaya terlepas daripada tanggungjawab menjaga keluarga dan anak-anaknya," katanya.

Beliau kini menyandang jawatan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korporat Malaysian Mosaic Berhad (MML).

Menurutnya, berdasarkan peratusan pelajar perempuan di institusi pengajian tinggi hari ini yang lebih ramai daripada lelaki, wanita pada masa depan sukar untuk bergelar ibu sepenuh masa.

Katanya, sebalik tamat pengajian, pastinya graduan wanita tersebut akan menceburi kerjaya pilihan.

"Dalam keadaan ekonomi sekarang, tentulah susah bagi wanita untuk meninggalkan kerjaya bagi menjadi seorang ibu sepenuh masa. Sekiranya saya berani menjadi ibu sepenuh masa, saya akan lakukannya. Tetapi saya tidak berbuat demikian.

"Sebagai seorang ibu kepada dua orang cahaya mata, saya telah diajar untuk menjadi seorang wanita bekerjaya. Bagi saya, kerjaya tidak menjadi masalah kepada saya dan keluarga," katanya.

Katanya, apa yang beliau harapkan ialah setiap wanita yang bergelar ibu seharusnya belajar untuk berfikir dan memahami perasaan seseorang terutama anak-anak dan suami.

"Walau sibuk mana sekalipun, tanggungjawab yang harus dipikul semestinya diberi keutamaan dan dilaksanakan dengan jaya," ujarnya spontan.

Bergelar wanita berpengaruh mungkin boleh menggugat kualiti masanya bersama anak-anak. Mengulas soal itu, Maimon berkata, dalam mengendalikan hal melibatkan rumah tangga, beliau sentiasa percaya masa berkualiti penting dalam mengurus anak-anak dan suami.

"Sungguhpun hampir setiap hari bekerja saya pulang lewat, saya tetap berusaha untuk dapat menikmati makan malam bersama keluarga di rumah.

"Jika sempat, saya sendiri akan menyediakan hidangan makan malam tetapi jika sebaliknya, saya akan membelinya di kedai. Apa yang penting, kami sama-sama berpeluang menikmati hidangan malam sambil berkongsi berita yang berlaku pada waktu siang.

"Cara ini penting untuk merapatkan hubungan ahli keluarga selain saya dapat menunaikan tanggungjawab yang dituntut oleh keluarga.

"Tetapi hari Sabtu dan Ahad adalah hari memasak untuk saya. Kami akan meluangkan masa bersama di rumah sambil bergurau-senda," tambahnya.

Bagi Maimon, seorang wanita yang berjaya jika hendak terus berjaya mestilah berusaha dari rumah.

"Kejayaan yang dicapai mestilah seimbang di antara karier dan keluarga," katanya ketika menjawab persoalan mengenai kualiti masa yang diberikan kepada keluarganya.

Dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran, Maimon berkata, ibu bapa sewajarnya mendidik anak-anak sejak kecil tentang pengurusan masa dan wang saku, membuat keputusan yang tepat dan penjagaan diri yang bijak sekiranya ibu bapa tiada di rumah.

"Nilai-nilai didikan yang sempurna bermula dari rumah. Ibu bapa seharusnya memberi kata-kata perangsang kepada anak-anak termasuk membuatkan mereka faham tentang kesibukan kerjaya yang dipikul oleh ibu bapa.

"Ini penting untuk mengelakkan rasa tidak puas hati anak-anak apabila ibu bapa kerap tiada di rumah kerana urusan kerja.

"Walaupun mempunyai pembantu rumah, ibu bapa tidak boleh melepaskan tanggungjawab 100 peratus kepada mereka," ujarnya panjang lebar.

Dalam kesibukan melunaskan tanggungjawab kerjaya pada setiap hari, adakah beliau masih menitikberatkan hal pemakanan anak-anak?

"Semuanya bergantung kepada keadaan memandangkan anak-anak saya sudah meningkat remaja.

"Namun begitu, ibu bapa perlu memahami cara pemilihan makanan anak-anak agar setiap pemakanan yang diambil dapat membantu meningkatkan daya ketahanan badan sekali gus mengembangkan daya kognitif mereka," katanya.

Sumber: Kosmo
(Khamis, 25 Jun 2009)

KPM utamakan calon dari pedalaman Sabah, Sarawak


ANUGERAH ... Misrah (kiri) menyampaikan anugerah kepada seorang penerima di majlis itu.






KOTA KINABALU: Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengutamakan calon-calon dari kawasan pedalaman Sabah dan Sa-rawak untuk mengikuti Kursus Perguruan Le-pasan Ijazah (KPLI) bermula ambilan Jun ini.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru KPM, Dato’ Misrah Haji Ibrahim berkata, ini adalah sebahagian daripada usaha kementerian untuk menyediakan tenaga guru yang mencukupi di kawasan pedalaman di kedua-dua negeri itu.

Katanya, daripada seramai 2,000 calon yang akan dipilih untuk dilatih di seluruh Institut Pendidikan Guru Malaysia, hanya 800 orang dari Semenanjung Malaysia dan selebihnya iaitu 1,200 adalah dari Sabah dan Sarawak.

“Ini adalah kali pertama, kita mengambil calon paling ramai dari Sabah dan Sarawak untuk memberi peluang kepada mereka berkhidmat di kawasan pedalaman seperti Pensiangan, Naba-wan, Kudat dan Ulu Sugut.

“Guru yang berkhidmat di pedalaman masih mencukupi kerana ada guru sandaran (tidak terlatih) tetapi guru terlatih tidak mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvokesyen Institut Pen-didikan Guru Malaysia (IPGM) Zon Sabah, kali ke-3, di Magellan Sutera Hotel, di sini, kelmarin.

Beliau berharap langkah KPM mengutamakan calon-calon dari pedalaman untuk meng-ikuti KPLI akan menambahkan lagi bilangan guru-guru terlatih di kawasan pedalaman.

“Saya yakin, usaha ini merupakan sebahagian daripada matlamat kerajaan untuk merealisasikan teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu merapatkan jurang pendidikan di antara bandar dan luar bandar,” katanya.

Katanya lagi, setakat ini, hampir 8,000 orang guru dari Semenanjung Malaysia berkhidmat di Sabah untuk mengajar mata pelajaran tertentu termasuk pendidikan Islam.

“Ada subjek-subjek tertentu seperti pendidikan Islam, Jawi, Quran, Arab dan fardu Ain yang orang Sabah tidak ada calon, jadi kita perlukan guru dari negeri-negeri lain di Semenan-jung untuk mengajar mata pelajaran itu,” katanya.

Berkenaan dengan calon pelajar yang meng-ambil Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia peringkat ijazah, beliau berkata seramai 97,000 calon seluruh negara memohon, tetapi hanya 6,200 orang yang akan diambil.

“Saya juga akan pastikan lebih ramai calon dari Sabah dan Sarawak khususnya lelaki kerana bilangan lelaki yang mengikuti kursus perguruan amat sedikit berbanding wanita.

Terdahulu itu, ketika berucap Misrah meminta para guru sentiasa memastikan murid-murid diberi pendidikan sebaik mungkin bagi mencapai sasaran ‘keciciran sifar’.

“Maknanya pada masa akan datang, tidak ada lagi alasan bagi guru-guru yang membiarkan murid-murid tercicir kerana pihak Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan,” katanya.

Tambahnya lagi, bagi mereka yang bertugas di kawasan pedalaman, pihak Kementerian Pelajaran kini sedang dan telah menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur pendidikan dan insentif bagi mengurangkan bebanan guru-guru yang mengajar di kawasan itu.

“Antaranya, projek pembinaan rumah guru di beberapa kawasan pedalaman Sabah, Sarawak dan Semenanjung, yang telah siap didirikan.

“Selain itu, insentif lain seperti elaun khas mengikut lokasi dan tahap kesusahan serta elaun balik kampung juga turut disediakan oleh kerajaan untuk guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman,” katanya dan menambah setakat ini seramai 12,035 orang guru sedang bertugas di kawasan pedalaman.

Pada majlis itu seramai 777 graduan dari IPGM Kampus Keningau, Kent Tuaran, Gaya Kota Kinabalu dan Tawau masing-masing mene-rima diploma pendidikan.

Seramai empat graduan menerima anugerah pengarah iaitu Norana Zakaria dari IPGM Kam-pus Tawau, Omar Ali Dullah (IPGM Kampus Kent Tuaran), Alfride Lee (Kampus Keningau) dan Azliana Ying dari Kampus Gaya Kota Kinabalu.

Sumber: New Sabah Times
(Rabu, 17 Jun 2009)

Larangan layari 39 laman web di pejabat

Oleh Anwar Hussin, Nazura Ngah, Norliza Wasilan dan Fatin Hafizah Mohd Shahar
bhnews@bharian.com.my

Penjawat awam elak unsur seks, hasutan: PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, sebanyak 39 laman web dan blog yang berunsur lucah dan berbaur hasutan dilarang dilayari oleh pegawai dan kakitangan kerajaan di pejabat.

Perdana Menteri berkata, kakitangan awam juga dilarang melakukan 15 aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan internet seperti termaktub dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilang 1 Tahun 2003 bertajuk Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi kerajaan.

Ia termasuk menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke internet di pejabat kerana ia melanggar tatacara penggunaan internet; merosak dan mengancam keselamatan dengan menggunakan hak akses pengguna lain untuk mencapai sistem komputer dan mendapatkan maklumat serta mengubah komponen sistem tanpa kebenaran.

Selain itu memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen; menyedia dan menghantar maklumat berulang adalah gangguan juga disenaraikan.

"Aktiviti menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan material, teks, ucapan, imej atau bahan yang mengandungi unsur lucah selain menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan maklumat internet yang membabitkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej kerajaan juga melanggar tatacara penggunaan internet," katanya menjawab soalan bertulis Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh).

Kok mahu mengetahui sama ada kakitangan kerajaan mempunyai kod etika penggunaan laman web kerajaan di pejabat.

Najib berkata, aktiviti lain yang dilarang ialah menyalah guna kemudahan perbincangan awam atas talian; memuat naik, turun dan menyimpan gambar, lagu atau teks bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara.

"Memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan, menggunakan kemudahan sembang, menggunakan internet untuk tujuan peribadi, menjalankan aktiviti komersial dan politik.

"Melakukan aktiviti jenayah, menyebarkan kod perosak yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain, memuat naik, turun dan menyimpan kad elektronik, video dan fail bersaiz 10 Megabait yang boleh menyebabkan kelembapan perkhidmatan dan operasi komputer," katanya.

Najib berkata, pekeliling mengenai perkara itu boleh dicapai di laman web Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) di http:// www.mampu.gov.my. Laman web dan blog berunsur hasutan termasuk fitnah ialah www.shilesjack.com disekat.

"Ada beberapa laman web dan blog yang dalam siasatan polis tetapi masih belum dikenakan tindakan larangan melayari. Sehingga kini sembilan suspek diambil tindakan iaitu lapan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan seorang oleh polis," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan bertulis dikemukakan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), Perdana Menteri berkata, Bank Negara Malasia (Bank Negara) sentiasa memantau pematuhan terhadap garis panduan yang dikeluarkan ke atas pengeluar kad kredit dari semasa ke semasa.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, jika ada ketidakpatuhan terhadap mana-mana garis panduan, Bank Negara berhak mengambil tindakan sewajarnya ke atas syarikat kad kredit mengikut akta Sistem Pembayaran 2003.

Sumber: Berita Harian
(Rabu, 17 Jun 2009)

Pengusaha tani Sabah perlu bantu negara mengurangkan defisit

KOTA KINABALU: Para pengusaha pertanian di Sabah perlu menekankan aspek pengeluaran, penjenamaan, pembungkusan dan penjualan produk bagi membantu negara mengurangkan defisit pada sektor pertanian, kata Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Sairin Karno.

Katanya usaha perlu dilakukan untuk memantapkan sektor pertanian bagi mengelakkan masalah defisit dagangan terus meningkat pada masa depan.

Defisit dagangan sektor pertanian negara dijangka meningkat kepada RM10.9 bilion pada tahun depan, katanya semasa merasmikan Seminar Pengalakan dan Pengembangan Inovasi Industri Asas Tani di sini kelmarin.

“Kerajaan memberi fokus yang cukup jelas dengan menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu bidang penting dan dijangka berupaya menjana pertumbuhan ekonomi negeri ini pada masa hadapan,” katanya.

“Oleh sebab itu, kita perlu mengawal kualiti produk dan meningkatkan pengeluaran barangan agar mampu mengukuhkan kedudukan negara di pasaran antarabangsa,” katanya.

Di samping itu, kerajaan juga berhasrat untuk menjadikan Sabah sebagai pengeluar utama makanan negara pada masa akan datang, katanya, sambil menyatakan usaha itu sepatutnya dimanfaatkan oleh pengusaha tani di kawasan luar bandar Sabah

Seminar sehari itu dihadiri 200 peserta, dari seluruh negeri ini, yang terdiri daripada pengusaha kecil industri tani, pegawai kerajaan, peniaga dan individu yang berminat dengan isu yang dibincangkan itu.

Sumber: New Sabah Times
(Rabu, 17 Jun 2009)

Halatuju Ketua Menteri beri kejayaan kepada rakyat: Juslie

SANDAKAN: Selepas 18 tahun diberi mandat menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno telah berjaya membangunkan seluruh negeri ini melalui pendekatan halatuju Ketua Menteri Datuk Musa Haji Aman.

Berdasarkan halatuju Ketua Menteri itu, menurut Juslie setiap daerah telah diwujudkan hub-hub mengikut potensi sesuatu kawasan berkenaan yang hari ini telah memberikan banyak kejayaan kepada rakyat khususnya di sektor ekonomi.

Malah katanya semenjak Musa menjadi Ketua Menteri Sabah senario pembangunan negeri mengalami anjakan yang mengagumkan bukan sahaja oleh kalangan rakyat negeri ini malah masyarakat antarabangsa.

“Lanskap pembangunan Libaran jelas dapat kita lihat dan alami, hampir semua kampung-kampung dalam Libaran diwujudkan dengan Masjid yang bagi memenuhi keperluan penduduk, banyak jalan-jalan raya kampung yang sebelum ini sangat daif sudah ada yang berturap,” katanya.

Malah seawal Musa menjadi wakil rakyat di Sg Sibuga, pemimpin itu kata, Juslie telah menekankan agar rakyat Libaran menanam azam bagi mencapai satu keluarga satu graduan yang bermaksud melalui pendidikan rakyat boleh lebih berjaya.

“Hasil dari usaha dan komitmen Ketua Menteri itu, rakyat Sabah hari ini boleh berbangga dengan kewujudan Sandakan sebagai hub pendidikan antarabangsa terkemuka di negeri ini sekaligus membuka peluang bagi anak-anak Sandakan mendapat pendidikan lebih baik di peringkat Pangajian Tinggi,” katanya.

Di samping itu katanya, Hup pendidikan itu juga akan membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk daerah ini yang jelas membantu meningkat hasil hiliran seperti pertanian dan perniagaan lain.

Ahli Parlimen Libaran itu berkata demikian dalam ucapannya pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang turut dihadiri Datuk Hj Zakaria Hj Mohd Edirs.Wakil rakyat Gum-gum dan PKR Sg Sibuga Hj Basra Hj Abdul Rahman di Kampung Batu Putih Batu 7 Sandakan yang dihadiri hampir 300 penduduk dari empat buah kampung berhampiran.

Katanya, apa yang jelas kerajaan BN Sabah telah membuktikan kesungguhan bagi mengujudkan kesimbangan pembangunan antara kawasan Bandar dan Luar bandar yang hari ini rakyat dapat melihat nyata apa yang telah dirancang.

“Setiap tahun wakil-wakil rakyat BN sentiasa meminta pemimpin di peringkat kampung terutamanya JKKK dan ketua Kampung mengemukakan keperluan pembangunan penduduk dan di pihak wakil rakyat pula keperluan itu di kemukakan kepada kerajaan negeri dan pusat untuk dilaksanakan,” katanya.

Bagaimanapun menurut Juslie yang juga Timbalan ketua Umno Libaran, dalam menunaikan tuntutan pembangunan rakyat, di pihak kerajaan juga mengambil pendekatan seimbang dalam menyalurkan projek mengikut keperluan pembangunan semasa penduduk supaya semua kawasan tidak tercicir.

Dalam usaha kerajaan jitu menjana berbagai keperluan pembangunan sementara kalangan wakil rakyat BN sentiasa memperjuangkan segala penting sebagaimana amanat diberikan rakyat pada pilihanraya lalu rakyat juga perlu berani merubah minda dan pandangan budaya dalam keluarga ke arah mencapai kemajuan dan kejayaan.

Dalam pada itu tegas Juslie, prasyarat penting bagi rakyat di negeri ini untuk terus menerima pembangun, rakyat mestilah memberikan sokongn padu dan kesetiaan kepada Kerajaan dan Kepimpinan BN sama ada di peringkat Negeri dan Pusat.

Katanya, hanya BN yang mampu dan terus relevan untuk membangunkan rakyat Malaysia keseluruhan berasaskan perpaduan kukuh 1Malaysia kerana kerajaan BN sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan banyak pencapaian gemilang telah pun rakyat lihat hasil usaha pemimpin BN sepanjang menerajui negara.

Sumber: New Sabah Times
(Selasa, 9 Jun 2009)

Dengan siapa hendak mengadu, kata Pengadu

  • “Pihak kami sebenarnya tidak mempunyai autoriti dalam kes memandu melebihi had laju yang ditetapkan… Namun pihak kami akan panjangkan aduan ini kepada pihak yang bertanggungjawab dalam kadar segera”….

Tertarik dengan jawapan pihak LPKP dalam ruangan ActionLine (4 Jun) berhubung aduan pengadu terhadap pemandu bas mini yang memandu melebihi had laju, STANLEY menghubungi ActionLine bagi memberi komen beliau.

Katanya, “setelah membaca aduan tersebut dan jawapan daripada pihak LPKP, saya mula terfikir…. Jika aduan seperti ini (memandu melebihi had laju) bukan dalam bidang kuasa LPKP, jadi apa sebenarnya yang boleh diadukan oleh pengguna? Walaupun aduan ini dipanjangkan oleh LPKP kepada pihak yang sepatutnya, sejauh manakah aduan pengguna mendapat perhatian”?

“Saya bukannya mahu mengatakan LPKP tidak buat kerja, cuma saya agak hairan kerana kebanyakkan bas mini dan bas berhenti-henti, tertera nombor aduan LPKP 1 800 88 4266 atau SMS:088231024 di belakang kenderaan. Maka logiknya apa-apa aduan mengenai kenderaan awam akan diadukan kepada LPKP,” jelasnya.

“Jika mereka tidak mempunyai autoriti dalam menyelesaikan aduan seperti ini, mengapa tidak dilekatkan Hotline polis trafik dan JPJ di belakang kenderaan awam supaya pengguna boleh menghubungi secara langsung pihak yang bertanggungjawab,” soalnya.

Tambahnya lagi, “saya sendiri berpendapat bahawa situasi yang diadukan oleh DANIELLE adalah betul. Ini kerana saya juga sentiasa berdepan dengan perkara seperti ini. Malah sebelum ini ketika memandu, ada pemandu bas mini yang suka bermain langgar-melanggar antara satu sama lain. Walaupun mereka sekadar bergurau, namun bagi saya jalan raya bukannya Taman Permainan”.

“Saya sendiri tidak tahu hendak mengadu dengan siapa? Kepada LPKP, jawapan yang selalu diberikan ‘kami akan panjangkan aduan ini kepada…..’ Hendak mengadu dengan Polis Trafik ataupun JPJ, mereka pastinya mahukan bukti. Jadi dilema saya sekarang bagaimana mahu mendapatkan bukti. Saya bukannya individu yang sentiasa membawa videocam ataupun kamera…. Jika gunakan handphone, sukar juga kerana saya juga memandu…. Silap haribulan, saya pula yang ditimpa masalah,” katanya.

“Saya berharap pertanyaan dan komen saya ini tidak menyinggung mana-mana pihak kerana saya cuma ingin tahu dan bukannya menunding jari kepada mana-mana pihak. Mungkin ada baikknya jikalau perkara kecil seperti ini diberi perhatian demi kebaikan bersama” pintanya.

Justeru, pengadu berharap agar mana-mana pihak yang mempunyai autoriti dalam hal ini dapat menjelaskan perkara yang patut dilakukan oleh pengadu.

  • Jurucakap LPKP ketika dihubungi oleh ActionLine menjelaskan bahawa pihak mereka tetap menerima apa pun aduan pengadu malah pihak mereka akan memanjangkan aduan tersebut kepada pihak yang berkaitan jika masalah yang diadukan adalah di luar bidang kuasa LPKP.

Katantya, “antara jenis kesalahan yang berada dalam bidang kuasa LPKP ialah mengenakan tambang lebih, pemandu enggan ambil/hantar penumpang, pemandu bas tidak berpakaian seragam lengkap, gagal pamer jadual tambang atau jadual perjalanan bas. Denda maksimum RM300 bagi setiap kesalahan”.

Ketika ditanya mengenai bukti, jurucakap LPKP menjelaskan bahawa pihak mereka akan menerima seadanya aduan pengadu.

“Setiap aduan yang dipanjangkan kepada LPKP dan berada dalam bidang kuasa LPKP akan disiasat terlebih dahulu sebelum membuat tindakan lanjut. Ini bermakna jika pengadu yang membuat aduan mempunyai bukti, hal ini akan memudahkan pihak kami membuat tindakan tetapi jika pengadu tidak mempunyai bukti kami tetap akan menerima aduan pengadu dan menjalankan siasatan terhadap aduan yang dibuat” jelasnya.

Tambahnya lagi, “siasatan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum mengenakan hukuman bagi mengelakkan mana-mana pihak teraniaya”.

ActionLine seterusnya menghubungi Balai Polis Kota Kinabalu bahagian Trafik bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak mereka berhubung persoalan pengadu mengenai cara mendapatkan bukti.

Jurucakap bagi Polis Trafik mengatakan bahawa pengadu boleh menghubungi Rakan Kop atau balai polis terdekat bagi memaklumkan kejadian yang berlaku.

“Memang bukti sangat penting namun kami tetap bertindak mengikut aduan yang diterima. Maka, pengadu haruslah menyatakan nombor kenderaan, tarikh, masa dan tempat kejadian bagi membolehkan pihak kami menjalankan siasatan seterusnya membuat tindakan,” jelasnya.

Manakala Pihak JPJ ketika dihubungi oleh ActionLine pula mengakui agak sukar menerima aduan ‘memandu melebihi had laju’ tanpa bukti.

“Walau bagaimanapun pihak kami tetap menerima aduan yang dipanjangkan kepada kami dan tindakan akan diambil berdasarkan hasil siasatan bagi kebaikan semua pihak. Empat perkara penting yang perlu dinyatakan oleh pengadu ialah nombor kenderaan, tarikh, masa dan tempat kejadian,” tambahnya.

Sumber: New Sabah Times
(Selasa, 9 Jun 2009)

40 ambulans, 9 kereta pacuan empat roda untuk Klinik Bergerak di Sabah

TERUSAN SUGUT, (Belu-ran): Kementerian Kesihatan telah meluluskan pembelian sebanyak 40 buah kenderaan kecemasan (ambulans), dan sembilan buah lagi kenderaan jenis pacuan empat roda untuk Klinik Bergerak di Sabah.

Timbalan Menteri Kesiha-tan Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata kesemua kenderaan itu akan ditempatkan di seluruh daerah di Sabah termasuk seunit ken-deraan untuk Klinik Bergerak di daerah Beluran.

“Kementerian luluskan dulu 40 buah unit dari sekurang-kurangnya 120 buah unit Ambulans yang diperlukan untuk semua pusat kemudahan kesihatan di negeri ini,” kata-nya kepada para pemberita se-lepas merasmikan Kem Kesi-hatan Kampung Terusan Sugut, Beluran di sini pada Selasa.

Program anjuran Pejabat Ahli Dewan Rakyat (Parlimen Beluran), bersama Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran dihadiri bersama Ahli Parli-mennya yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Yosup Ibrahim.

Pada perkembangan sama, Rosnah yang juga Ketua Perge-rakan Puteri Umno Malaysia berkata 90 peratus rakyat di Sabah masih bergantung kepada perkhidmatan kesihatan dari Kerajaan berikutan faktor kurangnya kemudahan kesihatan lain.

“Rakyat di negeri ini masih bergantung kepada Hospital Kerajaan dan ini menjadikan satu cabaran dan meminta komitmen kakitangan jabatan untuk terus memberikan khidmat lebih efisien dan baik kepada pelanggan kesihatan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata kemudahan kesihatan seperti pembelian dua kemudahan Ambulance dan Klinik Bergerak itu akan memudahkan rakyat mendapat rawa-tan dan perkhidmatan kesihatan terus ke kawasan terutama di kawasan luar bandar dan pendalaman di negeri ini.

Jelas beliau berdasarkan keluasan negeri ini yang men-yerupai sebuah negara masih lagi memerlukan banyak keperluan pembangunan dan kerjasama dari rakyat untuk merealisasikannya.

Timbalan Menteri Kesiha-tan itu berkata serjumlah RM470,000 telah diperuntukkan untuk tujuan menaik taraf kemudahan bangunan Kesihatan di daerah ini.

Beliau berkata projek di bawah Pakej Rancangan itu telah dimulakan pada awal tahun dan memberi tumpuan kepada projek membaiki atau menaik taraf kemudahan bangunan yang uzur dan termasuk satu projek bernilai RM70ribu untuk memagar kawasan bangunan di Pulau Keniogan.

“Projek ini dari RM50,000 hingga RM70,000 yang mana sembilan skop projek ini membabitkan lapan buah kampung di kawasan pendalaman kawa-san Beluran dan sebuah di Pinangah daerah Kinabatang-an,” katanya

Beliau berkata antara kampung yang menerima peruntukan itu ialah kampung Pulau Keniongan (dua projek), Ko-lapis, Lingkabau, Pulau Zam-bongan, Kiabau, Terusan Sugut dan sebuah lagi di Pinangah daerah Kinabatangan.

Katanya sejumlah RM2.4 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan perkhidmatan kesihatan di negeri ini sepanjang tahun lepas.

Menurutnya jumlah itu akan meningkat lagi sebaik sahaja selesai Pakej Rancangan Ke-2 yang kini dimulakan dan menilai semula pada September ini.

Sumber: New Sabah Times
(Rabu, 10 Jun 2009)

Pantau Ejen Yang Tidak Berdaftar

SIDANG MEDIA ... Maznah (tengah) bersama Siti Aishah (kiri)
semasa sidang media itu.

KOTA KINABALU: Kementerian Sumber Manusia meminta para pegawai Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di negeri ini supa-ya memantau operasi ejen-ejen pencari kerja yang tidak ber-daftar bagi mengelak penipuan.

Timbalan Menterinya Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, ini penting kerana daripada 120 ejen pencari kerja di Sabah hanya satu yang aktif iaitu yang boleh membawa pekerja keluar daripada negeri ini.

“Bagaimanapun saya difahamkan bahawa ejan atau syarikat itu tidak lagi aktif membawa pekerja keluar. Oleh itu saya meminta para pegawai JTK Sabah supaya memantau keadaan ini (ejen pencari kerja) dan mendapatkan apa sahaja maklumat yang ada termasuk yang beroperasi di kawasan luar bandar.

“Selain melalui ejen pencari kerja, ada juga individu atau orang yang dikenali mencari pencari kerja dari negeri ini untuk bekerja di luar negara terutamanya Singapura, tetapi setelah pergi ke sana baru mereka tahu bahawa mereka tertipu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas taklimat ringkas oleh ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah Kementeri-an Sumber Manusia, di Pasific Sutera, di sini, kelmarin.

Turut hadir Pengarah JTK Sabah Siti Aishah Mohd Asri.

Maznah berkata, sehingga April lalu, Pejabat Atase Buruh Singapura yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal warga Malaysia yang bekerja di Singapura menerima sebanyak 139 aduan membabitkan rakyat Sabah yang bekerja di negara itu.

Katanya, daripada jumlah itu, aduan tertinggi diterima pada bulan April iaitu sebanyak 53 aduan, Januari (34 aduan), Februari (28 aduan) dan Mac (24 aduan).

“Antara jenis aduan yang diterima ialah keadaan tempat tinggal yang kurang memuaskan sebanyak 24 aduan, tempoh kerja yang panjang (18), tawaran kerja yang tidak sama seperti yang dijanjikan (15) dan syarat kontrak yang berbeza seperti yang dijanjikan (14).

“Ini adalah antara sebahagian daripada masalah yang direkodkan melalui aduan,” katanya dan menambah, ibu bapa dan ahli keluarga pekerja juga membuat aduan di JTK di negeri ini kerana tidak mendapat berita daripada ahli keluarga mereka yang bekerja di Singapura.

Selain itu, katanya, aduan turut membabitkan kes majikan dan ejen pencari kerja memukul pekerja iaitu masing-masing satu kes, majikan memaksa kerja lebih masa tanpa bayaran (sembilan aduan), majikan enggan membatalkan permit kerja (dua aduan) dan kad pengenalan dipegang oleh ejen di Singapura (enam aduan).

“Bagi mengatasi masalah itu, JTK Sabah akan meningkatkan aktiviti pemantauan dan pemeriksaan terhadap ejen-ejen pencari kerja yang beroperasi di Sabah untuk mengelakkan rakyat di negeri ini terpedaya dengan helah mereka yang sering menjanjikan tawaran gaji lumayan bagi menarik minat rakyat untuk bekerja di singapura.

“Pada masa yang sama, JTK Sabah juga berusaha mengadakan kempen kesedaran di kalangan pencari kerja supaya aktiviti penipuan oleh ejen pencari kerja ini dapat dikawal termasuk mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua masyarakat di peringkat daerah.

“Kita juga menyebarkan maklumat mengenai kegiatan ejen pencari kerja yang tidak bertanggungjawab menerusi media cetak dan elektronik serta mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi pekerjaan swasta yang melanggar Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1982,” katanya.

Katanya lagi, bagi mengatasi masalah pekerja yang bekerja di luar negara, kerajaan telah mengwujudkan empat pusat Pengurusan Pekerjaan iaitu masing-masing di Kota Kinabalu, Kuching, Johor Baharu dan Putra Jaya.

“Pusat ini adalah untuk membolehkan kita memantau dan mendapatkan data terperinci mengenai majikan dan jumlah pekerja dari negara ini yang bekerja di luar negara.

“Masalah ada pekerja dari Sabah yang bekerja di Singapura ini timbul kerana ejen pencari kerja yang membawa mereka ke sana tidak berdaftar dengan jabatan dan agensi kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, bagi mengatasi masalah ini, pihak kerajaan akan mengadakan rundingan dengan kerajaan di Singapura.

“Saya merayu kepada para pencari kerja dari negeri ini supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan yang menawarkan pekerjaan dan gaji lumayan dan juga janji-janji orang yang menawarkan pekerjaan.

“Lebih baik, semak dahulu siapa mereka dan rujuk kepada JTK terdekat. Kita ada 16 cawangan JTK seluruh sabah,” katanya.

Beliau juga mengingatkan para pengiklan supaya mendapatkan kelulusan daripada JTK sebelum mengiklankan jawatan kosong di luar negara.

Sumber: New Sabah Times
(Rabu, 10 Jun 2009)

Homestays cannot be rented premises

Kota Kinabalu: The Tourism Ministry will no longer allow rented houses or places to be used as homestays for tourists or visitors as this is against the real concept of the programme, said Minister Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

"Some people have misunderstood the homestay programme. (And) now renting houses is said to be a homestay É this is not a homestay and the Ministry will not allow this (practice) to continue," she told a press conference after meeting Sabah tourism players at Wisma Tun Fuad Stephens, Monday.

Ng said a homestay is not about low budget or cheap accommodation, but about an experience as people, particularly from developed countries, want want to know/experience how people are living or what life is like in a country.

"We will identify all the good homestays which provide programmes for the people who come in to stay there. The homes provided under the homestay programme must be owned houses, cannot be a rented house or rented place," she said.

It must be owner-occupied, she explained, saying the houseowner involved must interact with the people who stay, provide them food, talk to them, show them what they do, the kampung lifestyle and the culture of the place.

Ng said a homestay must also include the participation of the whole village (where the homestay programme is being organised), where the village also plays a role in providing programmes or activities for the tourists/visitors.

"I have asked all the states that do homestays to come up with activities such as rubber-tapping if there is a rubber farm nearby, cocoa plucking, paddy planting/harvesting or others," she said, adding many people still do not know what cocoa or even how the cocoa tree looks like.

Like in Kelantan where the homestay participants are shown how to make a Wau Bulan (kite). Similarly in Sabah, homestay participants can be introduced or taught how to make a traditional craft or product.

Also teach them to sing one traditional song like "Sayang Kinabalu" or the "Jambatan Tamparuli", she said.

Or a traditional dance which the host can teach the homestay participants, adding these are things which are easy to teach and make their stay more interesting. Teaching them at least one local recipe would also be a plus point.

"Let them do conservation work like tree planting, which can give them a sense of belonging to the place and make them feel they are a part of it and will come back.

"So this is the new direction of homestays. It is not just about having a home for tourists/visitors to come and stay with the host family, but about the experience," said Ng.

The Minister was, nevertheless, happy that Sabah has a very successful homestay programme, saying at the moment three very successful homestay programmes in Sabah are the Misowalai, Walai Tokou and Misompuru homestays.

"Sabah has everything, except snow, as what I told people when I went to Europe," she said, adding Sabah needs more accommodation for all types of tourists.

Ng said the Ministry has also introduced a twinning country concept to boost the homestay promotion campaign.

"For Sabah, we will twin the state with Singapore because there Bahasa English and Malay are more easily used É we will take the homestay programmes in Sabah and promote them to the twinning country, Singapore," she said.

Ng said Sabah ranks among the world's top three in terms of diversified flora and fauna, particularly with its beautiful marine biodiversity, but these need to be supported with the good-quality accommodation and hospitality services.

Also the services of the tour operators as presently there are 378 tour operators in Sabah.

"The number is quite big É we will monitor them carefully because firstly, we do not want them to just have a licence but not do anything. We want them to provide the best services."

Ng said the Ministry is also developing a second language training programme for existing tour guides as well as for new unemployed graduates who would like to become tour guides with a second language.

Unemployed graduates who are interested can register with the Ministry, she said, adding the training would be provided by the stimulus package under the Human Resource Ministry.

"Sabah is really one state where the world would want to come to and they would want to be guided by somebody who not only knows the place well but can converse É so this is one area where I want to talk with the Minister in charge here," she said.

Source: Daily Express Sabah
(Tuesday, 9 June 2009)

KL, Beijing kian akrab

Daripada Manja Ismail di Beijing





PERDANA Menteri China, Wen Jiabao menyambut ketibaan Najib di Great Hall of the People, semalam.












Najib azam tingkat lagi hubungan bagi manfaat rakyat


DATUK Seri Najib Razak semalam berazam untuk membawa hubungan Malaysia-China, yang dirintis bapanya 35 tahun lalu, ke peringkat lebih tinggi dan memberi manfaat lebih besar kepada rakyat kedua-dua negara.

Perdana Menteri berkata, hasil keberanian dan keputusan bijak generasi Allahyarham Tun Razak Hussein dan mendiang Zhou Enlai untuk menjalin hubungan diplomatik kedua-dua negara pada 1974 sedang dinikmati generasi pemimpin Malaysia-China sekarang. "Saya sebagai anak Tun Razak, berazam untuk membawa hubungan kedua-dua negara ke peringkat yang jauh lebih tinggi. Kalau pepatah Cina ada menyebut 'kalau minum air dari telaga, jangan lupa orang yang menggalinya', saya ingin ubah sedikit iaitu kita gali lebih banyak telaga.

"Menjadi tanggungjawab pemimpin Malaysia generasi saya untuk menggali lebih banyak telaga supaya lebih banyak airnya mengalir untuk dinikmati rakyat kedua-dua negara," katanya ketika berucap selepas menerima anugerah Doktor Kehormat daripada Beijing Foreign Studies University (BFSU) di sini.

Anugerah itu, yang disampaikan oleh Presiden BFSU merangkap Timbalan Menteri Pendidikan China, Prof Hao Ping adalah lambang keakraban hubungan Malaysia-China khususnya dalam bidang pendidikan, bahasa dan kebudayaan.

BFSU adalah antara universiti terkemuka di China dan menawarkan pengkhususan dalam pengajaran bahasa asing termasuk Bahasa Melayu. Selain mempunyai Jabatan Penggajian Malaysia sejak 12 tahun lalu, BFSU pada 2007 menyediakan Kerusi Penggajian Melayu.

Tahun ini saja, lebih 60 pelajar China mengikuti program Penggajian Melayu, manakala 36 pelajar Malaysia mempelajari bahasa Cina di peringkat ijazah.

Najib, yang berucap dalam bahasa Melayu tanpa teks, memetik pepatah Cina 'perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama' ketika mengimbau sejarah Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan China 35 tahun lalu.

"Apabila Tun Razak membuat keputusan untuk menjalin hubungan dengan China, Allahyarham barangkali tidak memikir langkah pertama atau kedua bagi perjalanan seribu batu. Hari ini, kita menyusuli dan menikmati hasil langkah pertama Allahyarham Tun Razak dan mendiang Zhou Enlai itu.

"Saya ketika itu tidak dapat bersama Allahyarham kerana masih belajar tetapi sempat mendengar sebaris ayat Allahyarham mengenai lawatannya ke China, yang masih jelas dan besar maknanya.

"Allahyarham berkata 'I can work with Zhou Enlai and have the greatest respect for him', menggambarkan keyakinan beliau kepada kepemimpinan China ketika itu untuk memajukan negara ini. Atas keyakinan yang samalah, saya berazam untuk membawa hubungan ini ke tahap yang lebih tinggi," tegas Najib.

Perdana Menteri mengulangi pendirian Malaysia yang tidak pernah menganggap China sebagai ancaman, sebaliknya melihat Beijing sebagai rakan kongsi penting untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.

Malah, katanya, hubungan kedua-dua negara bermula sebagai sahabat sejak 600 tahun lalu ketika Dinasti Ming menghantar armadanya merangkumi 30,000 tentera dan 300 kapal diketuai Laksamana Cheng Ho ke Melaka.

"Bagaimanapun China tidak menawan Melaka ketika itu, sebaliknya menghulurkan tangan persahabatan. China tidak pernah menjadi ancaman kepada Malaysia dan negara serantau. Saya ingin melihat segala kemungkinan yang memanfaatkan rakyat kedua-dua negara," katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; ibunya, Tun Rahah Noah serta beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Luar, Datuk Anifah Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Sumber: Berita Harian
(Khamis, 4 Jun 2009)

Sayu lihat perompak menangis






MOHAMMAD SOHAIL menunjukkan bagaimana beliau mengacukan raifal ke arah seorang lelaki yang cuba merompak kedainya di New York baru-baru ini.






NEW YORK - Seorang pemilik kedai bersenjatakan sepucuk raifal di sini menyatakan dia berasa kasihan dan simpati dengan seorang perompak yang menceroboh premisnya.

Pemilik kedai berkenaan, Mohammad Sohail memberitahu, dia sayu selepas melihat perompak itu menangis teresak-resak dan mendakwa melakukan jenayah tersebut semata-mata bagi membantu keluarganya yang kelaparan.

Malah, dalam insiden pada 21 Mei lalu, Mohammad turut memberi sebuku roti bersama wang tunai AS$40 (RM140) sebelum menyuruh lelaki berkenaan supaya berjanji tidak lagi melakukan jenayah tersebut.

"Ini merupakan seorang lelaki dewasa dan dia menangis seperti bayi," kata pemilik kedai yang terletak kira-kira 100 kilometer ke timur bandar raya New York kelmarin.

Seorang anggota polis, Sarjan John Best berkata, lelaki yang membawa sebatang kayu pemukul besbal membuang senjata tersebut selepas Mohammad tiba-tiba mengeluarkan rifelnya dan mendengar nasihat pemilik kedai itu.

Menurutnya, perompak berkenaan kemudian mengambil roti dan wang tersebut sebelum melarikan diri. - AP

Sumber: Kosmo
(Khamis, 4 Jun 2009)

Pesta Tagal jaga alam sekitar cara tradisi

SEHARI pada Mei setiap tahun menjadi saat paling dinantikan Japanis Sabin, dari Kampung Tambatuon, untuk balik kampung dan melupakan seketika kesibukan tugas di Kota Kinabalu.

Penantian ini bagi Japanis, 36, bukan saja kerana Mei tanda bermulanya Pesta Kaamatan, tetapi disebabkan kemeriahan acara Pesta Tagal di Sungai Kadamaian, tidak jauh dari kampungnya.

Baginya, Pesta Tagal adalah peluang untuknya bertemu saudara serta sahabat handai yang turut balik kampung menyertai kemeriahan pesta berkenaan.

Taga dalam bahasa Dusun bermakna larangan menangkap ikan di sungai tertentu, biasanya bagi tempoh setahun atau dua tahun.

Ia adalah tradisi masyarakat Dusun yang sudah diamalkan sekian lama. Bagaimanapun, larangan itu akan ditarik untuk sehari dan tahun ini, ia dilakukan pada Sabtu, baru-baru ini.

Pesta Tagal itu disertai kira-kira 800 orang penduduk Kampung Tambatuon di Sungai Kadamaian.

Sistem Tagal adalah kaedah pemuliharaan sungai secara tradisi yang direka penduduk kampung sendiri supaya ia tidak tercemar serta melindungi hidupan di dalamnya daripada pupus.

Kini, sungai terbabit menjadi penjana pendapatan baru kepada penduduk luar bandar melalui ekopelancongan.

Larangan menangkap ikan yang dikuatkuasakan pemimpin kampung, biasanya ketua kampung mesti dipatuhi penduduk berkenaan atau orang luar yang datang ke kampung itu.

Sesiapa yang melanggar peraturan berkenaan bukan saja dicemuh penduduk kampung, tetapi juga dikenakan sogit iaitu denda atau hukuman yang ditentukan pemimpin kampung.

Biasanya, denda yang dikenakan adalah seekor kerbau atau babi atau membayar dalam bentuk wang setimpal dengan kesalahan dilakukan.

Sepanjang pesta ini, penduduk kampung secara bergotong-royong bebas menangkap ikan sepuas-puasnya.

Semua ikan yang ditangkap, dikumpulkan sebelum dibahagi-bahagikan sesama mereka, tetapi bukan untuk dijual.

Sebahagian ikan yang ditangkap itu dimasak penduduk kampung untuk dinikmati beramai-ramai bagaikan satu kenduri besar. Kenduri itu dalam bahasa Dusun Kota Belud dinamakan moginakan.

Biasanya ikan yang ditangkap ialah kelah atau pait (dalam bahasa Dusun) dan jenis lain seperti sarawi, betuan dan sinsilog (sejenis belut sungai).

Ada ikan kelah yang ditangkap mencecah RM100 hingga RM300 seekor, bergantung kepada saiz dan beratnya yang biasanya antara tiga hingga lima kilogram.

Satu daripada keunikan pesta ini ialah penduduk hanya dibenarkan menangkap ikan menggunakan alat tradisi seperti rambat, pukat dan senapang ikan.

Penggunaan bahan lain seperti racun, tuba atau cara lain yang boleh memudaratkan populasi ikan, ditegah sama sekali.

Kini selepas 10 tahun pesta berkenaan diadakan, Sungai Kadamaian turut menjadi tempat tarikan pelancong di samping menjadi wadah mengeratkan hubungan di kalangan penduduk asal kampung ini.

Pesta Tagal ini bukan saja boleh menjaga alam sekitar daripada dicemari dan sumber ikan daripada pupus malah dapat mendisiplinkan penduduk kampung.

Sumber: Harian Metro
(Khamis, 4 Jun 2009)

Adakah MMS masih relevan?

Oleh Afiq Hanif
afiq@hmetro.com.my





"SEJAK diperkenalkan kira-kira lapan tahun lalu, khidmat pesanan multimedia atau nama singkatannya MMS mula mendapat tempat di hati pengguna selepas teknologi menghasilkan khidmat pesanan ringkas (SMS) beberapa ketika sebelumnya."












SEJAK diperkenalkan kira-kira lapan tahun lalu, khidmat pesanan multimedia atau nama singkatannya MMS mula mendapat tempat di hati pengguna selepas teknologi menghasilkan khidmat pesanan ringkas (SMS) beberapa ketika sebelumnya.

MMS mula menjadi kegilaan pengguna terutama remaja kerana mampu menghantar foto kepada rakan atau keluarga tapi ia cerita beberapa tahun lalu. Adakah MMS masih relevan pada masa kini?

Fungsi MMS membenarkan penghantaran imej, bunyi dan video boleh dikatakan pembaharuan moden yang patut dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pengguna sekurang-kurangnya ia mampu menambah nilai positif dalam teknologi.

Kelebihan MMS yang boleh memuatkan format tertentu memberi kelebihan dalam telefon bimbit pengguna. Antara format yang disediakan termasuk:

1. Teks (jenis tulisan, warna dan lain-lain).

2. Imej (JPEG, GIF)

3. Audio (MP3, MIDI)

4. Video (MPEG)

Ia menjadi kesinambungan protokol SMS namun pastinya, ia lebih praktikal berbanding khidmat berasaskan teks yang hanya mempunyai kadar kandungan maksimum 160 bait.

Perlu diingatkan, mesej MMS tidak mengehadkan saiz fail namun memerlukan rangkaian Generasi Ketiga (3G) bagi membolehkan sesuatu khidmat multimedia dihantar kepada pengguna telefon bimbit.

Tidak dinafikan, ketika fenomena MMS melanda Malaysia suatu ketika dulu, telefon bimbit penulis pun tidak henti-henti menerima foto setiap hari sehingga memenuhkan 'inbox'.

Itu tidak termasuk iklan daripada pelbagai syarikat yang menggunakan servis MMS sebagai medium pengiklanan mereka.

Namun, ia masih tenggelam dengan kehebatan SMS yang lebih digemari sehingga sekali lagi membangkitkan persoalan, mana perginya fenomena MMS di Malaysia?

Mengulas mengenai isu ini, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom (Malaysia) Berhad, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata MMS masih relevan di mata pengguna negara ini, tapi kebanyakan mereka tidak menyedari fungsi itu pada telefon bimbit mereka.

"Tidak dinafikan, MMS tidak begitu popular di kalangan pengguna kerana kurangnya kesedaran mengenainya.

"Tambahan pula, masih terdapat lagi isu ketika konfigurasi telefon bimbit masing-masing yang dikatakan melecehkan sehingga menyukarkan mereka membuat tetapan pada peranti," katanya.

Menurut Shazalli, masalah telefon bimbit sering dipersalahkan apabila pengguna tidak dapat menghantar MMS kepada rakan lain.

"Selain itu, MMS mengehadkan telefon bimbit tertentu untuk ditetapkan," kata Shazalli.

Bagaimanapun, Celcom melihat masalah yang berlaku kepada MMS menyamai SMS apabila ia mula diperkenalkan di pasaran kira-kira lima hingga enam tahun lalu.

"Ia mungkin bergerak perlahan di kalangan pengguna tapi ia boleh beransur pantas dan meningkat dari semasa ke semasa seperti yang dialami SMS satu ketika dulu," katanya.

Menurutnya, MMS masih relevan untuk diaplikasikan pengguna dengan pertambahan bilangan MMS dihantar setiap hari.

"Celcom melihat perkembangan ini sangat konsisten dengan aliran remaja masa kini yang banyak berkongsi foto menerusi rangkaian sosial. Dengan menggunakan servis MMS, ia boleh direalisasikan dengan mudah," ujar Shazalli.

Shazalli berkata, fungsi MMS yang masih relevan turut didorong usaha pengeluar telefon bimbit menghasilkan peranti dengan keupayaan MMS memungkinkannya diperluaskan di kalangan masyarakat.

"Kita melihat fenomena MMS akan melonjak sebaik musim perayaan seperti Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina mahupun Hari Ibu tiba apabila jumlah penghantar atau penerimanya bertambah berbanding hari biasa," katanya.

Beliau menjelaskan, Celcom memiliki beberapa program berkaitan perkhidmatan MMS yang mendapat maklum balas baik daripada pengguna.

"Menurut perangkaan, penggunaan MMS meningkat di kalangan rakan dan keluarga sebagai medium perhubungan, contohnya apabila mereka menjadi pelanggan Pelan Celcom 1+5 yang mana pengguna mampu menikmati beberapa kelebihan.

"Antaranya panggilan, panggilan video, SMS dan MMS percuma untuk dihantar kepada lima ahli keluarga lain," jelasnya.

Tambahnya, pelan sama menawarkan penetapan kepada telefon bimbit secara 'default' yang memudahkan.

"Kami mendapati remaja gemar menggunakan MMS untuk menghantar mesej panjang yang digabungkan secara automatik dalam satu MMS bergantung kepada model telefon bimbit tertentu," katanya.

Ketika mengulas mengenai peluang perniagaan untuk syarikat telekomunikasi menerusi MMS, Shazalli berkata ia menjadi salah satu segmen penting untuk setiap organisasi dengan potensi yang luas pada masa akan datang.

"Setiap syarikat telekomunikasi boleh menjana pendapatan dengan menawarkan khidmat MMS kepada pengguna," katanya.

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Data Termaju, DiGi, Darren Poon Meng Wei, berkata penggunaan MMS mula meningkat secara konsisten kerana pengguna mula menyedari kelebihan yang boleh dimanfaatkan.

"Pengguna MMS semakin bertambah kerana mereka sedar bahawa khidmat terbabit kaya dengan kandungan jika dibandingkan dengan SMS," katanya.

Menurutnya, pertambahan pengguna MMS didorong kemudahan kandungan multimedia yang meningkat serta pengeluaran telefon bimbit dengan sokongan MMS di pasaran.

"Kami menjangkakan masyarakat di negara ini mampu membawa pasaran kepada keuntungan sekitar 60 hingga 70 peratus berbeza pada 2008 apabila semakin ramai pengguna melanggan perkhidmatan ini," kata Poon.

Beliau turut mengakui perkhidmatan MMS tidak setanding penggunaan SMS, namun percaya ia masih relevan di kalangan rakyat berdasarkan pertambahan penghantaran mesej sebanyak 30 peratus pada 2008 berbanding tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, jurucakap Maxis memaklumkan, penggunaan MMS di kalangan penggunanya masih tinggi dan popular ekoran faedahnya yang boleh memberikan ekspresi kepada masyarakat.

"Tentunya ia masih relevan di kalangan rakyat terutama kepada pelanggan Maxis kerana mereka boleh menghantar serta menerima foto atau video selain memindah turun kandungan," katanya.

Maxis melihat perkembangan MMS sebagai memberangsangkan apabila bilangan pengguna yang menghantar foto setiap hari meningkat dari semasa ke semasa.

"Mengikut rekod kami, satu daripada lima pelanggan Maxis adalah penghantar MMS secara aktif setiap tahun dan sehingga kini, kami mempunyai kira-kira dua juta pengguna MMS," katanya.

Maxis turut mengakui lonjakan MMS tidak begitu mendadak ekoran fungsi telefon bimbit yang belum menawarkan ciri untuk khidmat terbabit pada satu ketika dulu.

"Bagaimanapun, kita menyaksikan pengeluar peranti itu memulakan usaha bagi memastikan semua model di pasaran dilengkapi penetapan untuk MMS," katanya.

Menurut jurucakap terbabit, selain segmen pengguna, MMS membantu perniagaan berkomunikasi dengan kaedah menawarkan promosi kepada pelanggan serta rakan kongsi mereka.

"Dari satu sudut perspektif, MMS penting untuk generasi pengguna mudah alih masa depan terutama untuk ekspresi diri dan berkomunikasi," katanya.

Katanya, teknologi semasa mendefinisikan gaya hidup pengguna terutama selepas kehadiran kamera pada telefon bimbit yang menjadikannya ciri penting kepada kebanyakan pemiliknya.

Tidak kira Celcom, DiGi atau Maxis, ketiga-tiganya bersetuju generasi muda adalah pengguna MMS yang disasarkan memandangkan celik teknologi maklumat (IT) mereka seiring perjalanan hidup moden kini.

Namun, ia sepatutnya dimanfaatkan semua pihak tanpa mengira usia sebagai perkakasan komunikasi mendepani SMS. Contohnya, merakam saat kelahiran bayi dan menghantarnya kepada rakan atau keluarga sepantas mungkin.

Selain itu, ia menjadi corak pemasaran baru seperti menghantar promosi kedai yang baru dibuka atau peta untuk ke suatu tempat.

Kelebihan mendapatkan perkhidmatan MMS perlu dieksploitasi sebaik mungkin, namun pengguna perlu berhati-hati dengan tidak menyalahgunakannya untuk tujuan negatif seperti menghantar gambar lucah.

Amat merugikan apabila melihat teknologi yang sepatutnya dimanfaat untuk tujuan kebaikan dijadikan mangsa kerakusan manusia sehingga mengakibatkan gejala jahat menular ke dalam jiwa.

Sumber: Harian Metro
(Khamis, 4 Jun 2009)

Teknik fertigasi semakin popular

Walaupun teknik tanaman secara fertigasi telah agak lama diketahui tetapi masih ramai petani yang belum lagi mencubanya dalam skala komersial.

Ramai yang mendakwa fertigasi memerlukan kos yang besar dan memerlukan penjagaan yang optimum.

Justeru Mega Utusan Malaysia dengan kerjasama Agro Bank dan Mayconsult akan mengadakan Seminar Sehari Usahawan Fertigasi pada 17 Mei ini.

Bengkel sehari akan diadakan di Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Penceramahnya yang juga Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Mahamud Shahid telah menjalankan penyelidikan mengenai sistem fertigasi iaitu pengeluaran tanaman tanpa tanah yang menggabungkan pengairan dan baja dalam satu sistem.

Biasanya sistem fertigasi diletakkan di bawah struktur pelindung tanaman bagi menjamin pengeluaran hasil tinggi dan berkualiti serta menjadi alternatif terhadap sistem konvensional.

Biasanya hanya beberapa jenis sayur-sayuran dan buah yang mempunyai nilai pasaran tinggi seperti cili merah, tomato, timun, zukini, terung, melon dan strawberi.

Tujuan asal fertigasi adalah untuk mengelakkan tanaman daripada jangkitan penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya bawaan tanah.

Walaupun ramai yang mengatakan kaedah fertigasi melibatkan kos yang tinggi tetapi sebenarnya kos permulaan dapat diatasi selepas satu musim selain mengurangkan penggunaan air dan baja.

Sementara itu penggunaan tenaga kerja yang minimum dengan penggunaan alat pengatur masa automatik mengurangkan kos.

Biasanya selepas satu pusingan, medium akan dirawat racun kulat sebelum digunakan semula pada pusingan akan datang. Sehingga kini sejak fertigasi dimulakan terdapat ramai petani yang menggunakan teknik tersebut dalam tanaman mereka.

Fertigasi jika dilakukan dengan teliti dapat menjana pendapatan lumayan kepada petani.

Sejak akhir-akhir ini kajian yang dijalankan mendapati halia sesuai ditanam secara fertigasi kerana boleh ditanam di tempat yang sama tanpa risiko dijangkiti dengan penyakit akar.

Kini ramai pengusaha fertigasi semakin berjaya seperti Ammar Abdul Aziz dan Harun Ismail yang mengusahakan tanaman cili merah dan cili padi.

Walaupun berbeza latar belakang Ammar yang mempunyai ijazah sarjana dalam bidang ekonomi manakala Harun hanya pekerja kampung tetapi matlamat mereka sama untuk membangunkan pertanian.

Kini usaha mereka telah mula menampakkan hasil yang memberangsangkan.

Sumber: Utusan Malaysia
(Jumaat, 15 Mei 2009)

Pujuk pokok kabung keluarkan nira

Oleh NASHIR MANSOR















Nurdin Baddusa membersihkan tandan buah nira
sebelum dikutip niranya di Ladang
Sungai Balung, Tawau, Sabah.


Pokok kabung, sejenis pokok palma berasal dari Indonesia yang dikenali juga sebagai pokok Enau atau nama botaninya, Arenga pinnata, mungkin agak pelik berbanding dengan pokok daripada spesies palma yang lain.

Pokok daripada keluarga Arecaceae ini pelik kerana semakin ia meninggi dan matang, tandan bunga dan buahnya pula tumbuh kian merendah di bahagian bawah batangnya hingga hampir mencecah tanah.

Malah, dikatakan bahawa apabila tandan yang tumbuh di batang itu sudah hampir ke tanah, menandakan bahawa pokok kabung berkenaan sudah tua dan akan mati.

Ini berbeza dengan pokok daripada spesies palma yang lain seperti pokok kelapa dan rumbia kerana tandan bunga dan buahnya akan tumbuh meninggi mengikut kematangan dan ketinggian pokok berkenaan.

Pokok kabung, yang mengeluarkan nira yang boleh diminum begitu saja atau di proses menjadi gula merah dikatakan hanya akan mengeluarkan nira daripada tandan sepadan dengan 'pujukan' yang diberikan.

Tidak semua tandan pokok kabung mengeluarkan nira kerana hanya tandan bunga jantan sahaja yang boleh 'dipujuk' untuk mengeluarkan niranya.

Tandan bunga betina pula tidak akan mengeluarkan nira meskipun dipujuk seperti tandan bunga jantan.

Kerja 'memujuk' mengikut istilah yang digunakan pemungut nira di Ladang Sungai Balung, iaitu dengan mengetuk batang tandan bunga jantan itu secara bersopan, memang berlaku berdasarkan pengalaman mereka sejak bertahun-tahun lamanya.

''Sebelum batang tandan bunga jantan dicantas, batang tandan berkenaan perlu dibersihkan daripada sebarang sisa kelopaknya.

"Selepas itu, ia perlu 'dipujuk' dengan mengetuk-ngetuk batang tandan itu ke arah atas dua kali dan arah ke bawah dua kali.

''Tujuan mengetuk berkenaan ialah bagi melonggarkan rongga-rongga saluran aliran air nira dalam batang tandan berkenaan. Kalau tidak dibuat begini air nira tidak akan keluar", kata Nurdin Baddusa, 49, yang telah menjalankan kerja mengutip air nira sejak tujuh tahun lepas.

Menurut Nurdin, ketukan pula hendaklah dibuat secara berhati-hati supaya tidak mencederakan batang tandan berkenaan.

"Jika ketukan terlalu kuat dan batang tandan tercedera, nira tidak akan keluar langsung," kata Nurdin ketika ditemui di Ladang Sungai Balung, kira-kira 60km dari sini.

Beliau adalah seorang daripada kira-kira 20 pekerja pemungut air nira di ladang berkenaan. Menurut Nurdin amalan berkenaan perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan berterusan sehingga bunga pada tandan pokok Kabung kembang.

''Apabila bunga pada tandan berkenaan sudah kembang, tandan berkenaan bolehlah dicantas dan jika aliran air niranya sudah agak deras ia boleh ditadah dengan bekas yang direka khas.

"Jika belum deras, bahagian hujung tandan yang dicantas itu perlu dihiris sebaiknya sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu petang sehingga aliran niranya deras", katanya.

Nurdin berkata, nira biasanya dikutip dua kali sehari dan ada antara pokok kabung berkenaan boleh mengeluarkan sehingga 10 liter nira sehari.

Katanya, nira yang siap dikutip kemudian dihantar ke kilang pemprosesan yang terletak dalam ladang berkenaan untuk diproses menjadi sirap nira kabung (Arenga Pinnata Syrup).

"Kami memproses kira-kira 700 kg nira kabung sehari," kata Masriani Mansor, ahli teknologi makanan di kilang pemerosesen sirap nira kabung berkenaan.

Sementara itu Pengurus Besar Kebun Rimau Sdn Bhd K.Arunagirinathan yakin sirap nira kabung atau gula kabung suatu hari nanti akan menjadi satu daripada sumber gula utama di negara ini.

Menurutnya, gula kabung boleh menggantikan gula biasa dan lebih penting daripada itu ia tidak mengandungi glukosa dan baik untuk kesihatan khususnya bagi pengidap kencing manis.

''Kami sudah menanam kira-kira lebih 5,000 pokok kabung daripada jenis benih bermutu tinggi meliputi kawasan seluas kira-kira 809 hektar di Ladang Sungai Balung.

''Dalam tempoh 10 tahun dari sekarang mungkin kami perlu membina kilang memproses sirap nira kabung atau gula merah yang lebih besar.

''Saya juga yakin suatu hari nanti sirap nira kabung ini akan menjadi sumber gula utama di negara ini malah mungkin juga menjadi pilihan utama penduduk dunia kerana kebaikannya dari segi kesihatan", katanya.

Arunagirinathan berkata, sirap nira kabung yang dikeluarkan syarikat berkenaan yang kini sudah berada dalam pasaran tidak mengandungi bahan kimia atau pewarna atau perasa tiruan sebaliknya keasliannya dikekalkan.

Katanya, idea penanaman pokok kabung berkenaan secara besar-besaran bermula sembilan tahun lepas apabila pengerusi syarikat berkenaan Datuk Harris Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah membawa benih pokok berkenaan dari Indonesia.

Menurutnya, sirap nira kabung boleh dijadikan bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman.

Antara makanan yang popular dengan campuran gula atau nira kabung ialah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur dan cendol.

Sirap nira kabung juga boleh digunakan sebagai pemanis dalam pembuatan kek serta pastri, makanan bijirin dan jus buah-buahan- Bernama

Sumber: Utusan Malaysia
(Jumaat, 29 Mei 2009)